*Mood nak jadi lemah lembut macam Puan N (preceptor yang paling best di alam maya)*
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan attachment selama dua hari di Farmasi OPD di sebuah hospital yang torrrrbaik di daerah Selangor. OPD di hospital ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Farmasi Satelit Aras 3 dan Aras 4 (untuk klinik pakar) dan Farmasi di ED. Untuk makluman, saya dan rakan-rakan telah ditempatkan di Aras 3. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di OPD (skema giler)
Hari pertama
8.00-9.30 am : Taklimat oleh Puan N di satu sudut di OPD. Rasa sangat mengganggu lalu lintas di kawasan tersebut, namun apakan daya dah takda tempat lain. Taklimat merangkumi work flow di OPD, senarai ubat yang terkandung dalam Blue Book (buku ni memang warna biru), sistem SPUB yang membolehkan pesakit mendapatkan ubat di klinik kesihatan/hospital berdekatan rumah, sistem SMS and collect serta sistem pos ubat ke rumah.
Selain itu, kitorang juga dimaklumkan mengenai kaunseling ubat-ubatan yang dijalankan, storage of drugs at sub store (stock di sub store ni kena maintain full, kalau tak boleh dapatkan bekalan dari ward supply), MTAC (antara MTAC yang terdapat di Hospital S ialah MTAC Diabetes, Asthma, Warfarin, CKD ,Transplant dan Hepatitis). Farmasi di sni mempraktikkan model of good care dalam work flow. Setiap rx dari doktor akan melalui proses screening, verifying, filling and counter checking terlebih dahulu sebelum didispense kepada pesakit.
9.30-10.30 am : Kitorang dilatih membaca prescription dan membuat labelling. At first, terkial-kial la jugak nak check whether dosing betul ke tak, indication betul ke tak, ada polypharmacy ke tak.. nasib baik ada Encik BNF, MIMS, Drug Info dan Blue Book di sisi.
Contoh prescription. Tak payah susah-susah baca tulisan doktor yang susah nak faham tu. All computerized babe.
10.30-1.00 pm : Tolong PRP dan FRP buat filling. Mencabar giler tugas ni sebab kena cari ubat tapi sangat best. Busy sangat sampai tak sedar dah pukul 1. Haha.Lepas filling, kena sign jadi pihak counter checking akan tahu kalau ada buat silap. Nama saya kena panggil dua kali. Seb baik orang counter checking uber cool, tak marah-marah, siap senyum lagi. Cayalah. Mintak maaf saya budak baru belajar. Oh calculator dan teknik pengiraan secara pantas sangat penting ye kawan-kawan.
Kat sini kitorang dapat lihat betapa pentingnya proses screening oleh pharmacist. Banyak prescription dari doktor yang kena verify balik. Ye la, doktor pon manusia. Tak lari dari salah dan silap. Lagipun memang tugas pharmacist untuk membantu doktor. Bak kata pepatah, behind every doctor is a successful pharmacist. Huahua.
Kat sini kitorang dapat lihat betapa pentingnya proses screening oleh pharmacist. Banyak prescription dari doktor yang kena verify balik. Ye la, doktor pon manusia. Tak lari dari salah dan silap. Lagipun memang tugas pharmacist untuk membantu doktor. Bak kata pepatah, behind every doctor is a successful pharmacist. Huahua.
Pre-printed label. Pharmacist puji tulisan cantik. Maluuuuu
1.00-2.00 pm : Makan, solat, jalan-jalan cuci mata. Makanan kat hospital ni memang best. Tak caya marilah cuba.
2.00 pm-4.00 pm : Sama tugas macam pagi tadi, kena baca prescription dan bincang antara kitorang sebab esok Puan N nak tanya. Kali ni kitorang lepak kat library. Prescription lak dari Clinic Nephro dan Ortho. Jadi kena faham betul-betul pasal NSAIDs dan the sife effects. Ada patient ni, umur baru 22 tahun dah dapat severe renal impairment. Rasa sedih plak muda-muda dah macam ni. Sesungguhnya, seharian di OPD mengajar saya menghargai nikmat kesihatan yang diberikan Allah.
4.00 pm : Balik rumah dan bergaduh dengan Zuhan. Haha.
Hari kedua
8.00 am : Kitorang sampai dengan penuh bersemangat. Bila nampak senyuman Puan N lagi la bersemangat. Hehe.
8.15-10 am : Puan N terangkan pasal extemperanous preparation. Extamperanous preparation ialah ubat yang perlu disediakan serta merta oleh pharmacist bertugas sebab takda dalam market (mostly untuk paeds) dan kalau ada pon jarang pakai, so tak economical nak simpan untuk stok. Lepas tu, kitorang dilatih baca prescription dari Clinic Psych, General Surgical dan Oral Surgery. Menarik wes ubat2 untuk Psych patient ni. Kitorang juga discuss tentang dose yang berbeza (untuk steroid misalnya) dan storage untuk cool chain items. Selain tu, kitorang diterangkan pasal common mistakes dalam filling, contohnya look alike medication.
10-10.40 am : Puan N bawak jalan-jalan pergi ke Farmasi Aras 4 dan jugak Farmasi di ED. Farmasi Aras 4 sempit sikit, so kitorang tak masuk pon. Senyum-senyum je dari luar. Dapat lalu depan Clinic Psych and General Surgery. Pas tu turun bawah ke Ward Psych tapi Puan N tak bagi masuk lak and then pergi ke ED. Mostly ubat kat Farmasi ED ni dalam unit dose.
10.40-1.15 pm : Filling macam semalam. Kali ni confident sikit sebab dah tahu ubat-ubatan kat mana tapi nama still kena panggil oleh orang counter checking. Malu woo. Panggil kuat-kuat lak tu. First, sebab bagi MDI instead of Accu and secondly label Glicazide yang berlainan dose asing-asing tapi still tak kena marah. Hehe.
Oh btw, ada satu prescription ni mintak Aspirin, Both eyes. Saya pon dengan confidentnya pergi cari Aspirin kat bahagian eye-drop tapi tak jumpa. Pastu fikir balik ada ke Aspirin dalam bentuk eye drop? Bila clarify balik dengan orang bahagian screening, rupanya yang tu adalah mistake. So, in the end bagi tablet Aspirin. Doktor pon, agak-agak ar kalau nak bergurau pon.
1.15-2.15 pm : Makan, solat dan jalan-jalan.
2.15-2.30 pm : Puan N ajar cemana nak counsel patient dan dispense ubat guna layman term tapi terpaksa cut short sebab lecturer nak jumpa. Huu.. sedih pulak nak tinggalkan OPD ni sebab banyak yang saya belajar dalam tempoh yang singkat.
2.30-4.00 pm : Discussion dengan lecturer hot (you know who). Kira macam wrap up session la sepanjang kitorang di OPD ni.
4.00 pm : Balik la, appa lagi.
Terima kasih bahagian OPD sebab sudi mengajar kitorang. Tak dinafikan bahagian OPD ialah antara bahagian yang paling sibuk. Melalui pemerhatian, apa yang dapat saya simpulkan ialah walaupon sibuk (tak duduk langsung ok) mereka sangat berdedikasi demi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Jadi kepada pesakit yang disayangi, jangan marah tau kalau kena tunggu lama sket untuk dapatkan ubat, sebab pertama kena dapatkan kepastian dari doktor, kedua, kena sediakan extemperanous preparation, dan ketiga, ada budak-budak macam kitorang menyebok kat OPD. Hehe.
Wassalam.
5 annotations:
macaam tentatif loporan postmoterm yang nak dihantar ke datuk ismail merican hah ! wokk terbiak wokk
Anisssssss, aku nak biak apa? Haha
nape pulak nama aku pun naik dalam report OPD ko ni ! ha ha
ni report nak hantar kat encik ewan ke? haha. aku tak sabar nak g OPD
silap taip ~~!!!! ahaha
aku kam miss typo
wwookk terbaik wookk !
haaa yg betulnyer , cam yg diatas
hehe
Post a Comment