Buscar

Páginas

Day 42

1. Selesai tengok The Lady, sebuah filem pasal Aung San Suu Kyi.

2. Aku suka filem ni, cuma sadly tak banyak berkisar tentang politik. Plot lebih terarah kepada konflik yang di alami oleh Suu Kyi antara beliau dan keluarga beliau.

3. Suami beliau, Dr. Micheal Aris sangat supportive, okay? Suami macam beliau mungkin satu dalam sejuta je. Aku rasa Abah aku pon takkan support mak aku kalau beliau nak involve dalam politik. Haha.

4. Cuba bayangkan kalau suami Suu Kyi bukan omputih, let's say orang Malaysia. Melayu, to narrow down. Mungkin tak sampai beberapa bulan selepas Suu Kyi kena house detention beliau akan menerima sepucuk surat beserta borang keizinan untuk bermadu dari suami beliau. Madu beliau pula mungkin cewek dari Surabaya yang menjadi pembantu rumah beliau semasa ketiadaan beliau.

5. Lawak je. Huahua. Namun, sebagai pembaca setia segmen Di Celah-celah Kehidupan di Mingguan Malaysia, aku rasa itulah yang akan terjadi kalau Suu Kyi kahwin dengan orang Melayu. Again, lawak je.

6. Her husband died of prostate cancer on his 53rd birthday. Without her by his side. His was denied a visa to Burma. However, Suu Kyi was allowed to visit her husband.

7. But then, beliau tak mboh sebab nanti beliau akan dilarang memasuki Burma and sia-sialah pengorbanan beliau selama ini.

8. IF I were her, I would go to England immediately upon hearing the news about my husband. Regardless the consequences. Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami beb.

9. But then, I'm not her and I don't even have a husband in England.

10. Semoga keaadaan di Myammar semakin pulih dari apa yang dipaparkan dalam filem ini, kalau tak sia-sialah pengorbanan Suu Kyi. Sobs. Oh btw, lakonan Michelle Yeoh amat mantap. Tahniah.


ps: 4/5 from me.

0 annotations: