Buscar

Páginas

5 hari lagi

“2 bulan” 

“2 bulan cuti?” mata uncle terbelalak. “Habis tu you nak buat apa? Mintak kerja sini la”

“Errr… kena..balik..sana, ada hal lah uncle” Aku sedikit gagap menjawab. Mintak kerja sini? Ampun, aku penat bekerja 10 jam sehari.

Uncle pulak, cuti berapa lama?” Aku cuba berbasa-basi. 

“Mana ada cuti, I dah nak retireuncle jawab sambil ketawa kecil.

Kami bertukar dua tiga ayat lagi sebelum uncle minta diri turun ke bawah. 

Tinggal aku. Kipas angin. Meja bulat warna kelabu dan empat kerusi biru. 

Dan juga patient info leaflet dalam English yang mana harus aku translatekan ke BM. Jadi translator tak bertauliah pula aku hari ni. Ceh. Company bagi assignment konon, nak mintak tolong cakap je la.

“I can charge them one ringgit for one word”

“Relax, take it easy. We’ll help you” 

Dan hati berbunga kembali.  Buat kerja kena ikhlas.

Sedar tak sedar ( omg ayat cliché amat) aku berada di minggu terakhir praktikal. Time flies when you are having _______ (sila isi tempat kosong sendiri)

Kalau ikutkan hati, aku mahu update sekerap mungkin. Lagi-lagi pasal praktikal tapi bila pukul 10 post meridiem mata akan mengantuk secara otomatik dan aku lebih gemar tidur dari online.

Satu minggu lagi.

Satu minggu sebelum habis.

Rabbi yassir wala tu’assir.

0 annotations: