Okay, aku bukan nak cerita pasal buku ataupon review buku. Aku nak cerita sikit pasal research yang aku tengah buat ni. Research yang boleh buat otak aku cair. Serius wa cakap lu.
Kalau orang dengar pasal anti cancer, or cell culture mesti orang akan cakap OMG sangat cool research macam ni dan lain-lain yang seangkatan. OMG mesti stok-stok budak pandai yang boleh buat.
Sebenarnya, tak pon. Research yang aku tengah buat ni memang bukan jiwa aku dan aku dapat tajuk ni pon dari pensyarah sebab aku takda idea nak buat tajuk apa. Ugh.
Research yang aku tengah buat ni aku rasa sangat risky kot, sebab banyak guna benda carcinogenic. Dan la main-main dengan cell cancer. Bergolek-golek cell dalam Eppendorf tube. Bila aku tanya kakak budak Master "Takpa ke kita guna benda-benda ni? Tak bahaya ke kat kita?" Kakak budak Master dengan tenangnya menjawab "InsyaAllah, buat kerana Allah". Jawapan beliau buat aku diam seminit. Huahua.
Anyhow the bottom line is, kalau korang nak buat research, seriously korang kena discuss dengan supervisor. Jangan main ambik je tajuk yang diberi sebab kelak merana di kemudian hari. Menangis tak berlagu macam aku ni.
Aku rasa aku dah takda life sejak buat research ni. Masuk lab pukul 3 petang misalnya, picit-picit pipette dan prepare media, tengok-tengok dah pukul 6 petang. Kalau datang awal pagi, kira cell guna hemocytometer, tengok-tengok dah lunch hour. Aku dah takda masa nak goyang kaki, lepak-lepak sambil tengok How I Met Your Mother.
Oh by the way, aku ada perasan sorang budak kat lab aku. Memang gaya backstreet abes ok? Rambut panjang, dan kalau sangkut Fender ke Ibanez ke memang sebijik macam Kurt Cobain. Macam tak sesuai langsung nak buat postgrad. Haha. Suka hati je. So don't judge a book by it's cover.
Tu je lah kot. Malas sangat nak pergi lab esok tapi.... InsyaAllah, buat kerana Allah.
2 annotations:
and by the way dear ~
research aku pon bukan jiwe aku
sob3x
woah..nanti A baca baru tahu ! keh keh
aku pun xsuka ! :(
Post a Comment