Buscar

Páginas

Jadi kiasu sekejap

Hari ni aku dan kawan-kawan sempat pergi ke Nose Warehouse Sale yang terletak di Subang Jaya. Jadi meh aku buat review sikit.

Sebelum kejadian : Malaysia sangat panas.

 Lokasi : Strategik. Dekat dengan Monash University. Dalam kawasan gudang. Masa memula sampai nampak gudang macam kosong, tapi bila nampak perempuan berlari-lari masuk gudang,baru yakin yang memang ada warehouse sale di gudang tersebut.

Bersiap sedia sebelum rusuhan. Semua tengok muka EE. Haha.
Stretching dulu
Barang-barang jualan : Kasut, beg tangan, dan barang tipikal yang boleh dijumpai di kedai Nose. Kebanyakan kasut dalam keadaan buruk (aku tak tipu) malah ada yang tercabut. Diorang akan restock pada sebelah petang. Pada yang berkaki saiz kecik macam aku ni (saiz 5 dan 6) aku rasa baik korang tak payah pergi pada waktu pagi. Pergi waktu petang. Pada yang bersaiz gedabak (saiz 9 dan 10) warehouse sale ni memang heaven untuk korang. Banyak kasut yang cantik. Telan air liur je aku tengok kasut-kasut saiz besar. Harga kasut sekitar RM 10 - RM 20.
Kasut cantik yang aku pegang tu saiz 9, okay?
Beg tangan ada dua tiga jenis je yang aku sanggup pakai. Haha. Keji giler ayat. Kebanyakan beg tangan too shiny, too colourful (jenis yang sesuai untuk di pakai pergi clubbing atau function) dan too old fashioned (ada  beg hitam dan kelabu ni yang aku rasa nenek umur 80 tahun pon takkan pakai). Nasib baik aku sempat jumpa dua beg tangan yang cantik. Harga sekitar RM20-RM30.

Attitude customer : Sebelum pergi, baik breakfast dulu. Kalau tak jadi macam kitorang yang jadi hypo masa nak berebut beg. Padahal baru pukul 11 pagi masa tu. Oh yeah, speaking about berebut beg, aku secara berat hatinya telah menjadi kiasu sekejap tadi. Masa tengah pegang beg, tiba-tiba ada sorang minah kiasu ni yang rentap beg dari tangan aku. Like, what the....? Dan secara automatiknya aku turut menjadi kiasu selepas kejadian tu. Huahua.

Selepas rusuhan
That's about it lah. Would I go to Nose Warehouse Sale again? Only IF my feet grew to size 9 or 10.

Update : EE suruh letak gambar barang yang aku beli. So, ni dia antara yang aku beli.

ps: Kudos to the staff. You guys were friendly and nice.
pps: Kau kena jadi kiasu kalau nak dapat barang yang best.

2 annotations:

eesyaheera

I wih my feet can fit in that cheap and beautiful wedges. actually aku tak tahu kiasu tu apa =.="

silverlocket

Typo typo haha

Kiasu tuh macam orang nak menang je. Macam rusuhan tadi.