Hari ni aku tertanyakan dua soalan bangang kepada dua orang yang tidak sepatutnya.
Kalau kawan serumah, aku tak kesah nak tanya soalan bangang. Sepuluh kali pon boleh.
Definisi soalan bangang pada aku ialah bila aku rasa macam nak hentak kepala sendiri kat dinding selepas tanya soalan tersebut atau tampar diri sendiri tiga kali.
Aku tak tahu kenapa aku boleh tertanyakan soalan-soalan bangang tersebut.Rasa teruja selepas ujian mungkin, atau rasa gembira sebab dah hujung minggu.
Semoga orang-orang yang aku tertanyakan soalan bangang tersebut tak rasa aku ni weirdo atau lebih teruk lagi bangang. Malu wei!
ps : Aku mengaku yang aku boleh jadi seorang yang eccentric kadang-kadang.
2 annotations:
Patut letak soalan bangang tu kat sini. Orang nak tahu
EE: Tak boleh. Soalan tuh akan menampakkan betapa bangangnya aku. Huahua.
Post a Comment