Buscar

Páginas

Perihal Sabtu dan Ahad

Lagi-lagi update hujung minggu..

Kerana pada hujung minggu sahaja aku mampu membazir masa dengan perkara yang menyenangkan hati. Namun, hujung minggu juga pantas berakhir bak kata pepatah Inggeris 'time flies when you are having fun'. Pft, aku redha.

Pada petang seperti ini, cuaca redup di bumi Shah Alam, it is most suiting untuk aku duduk menulis. Menulis tentang perihal Sabtu dan Ahad yang telah aku lalui dalam tempoh 38 jam lepas.

MakanChecked. Aku bantai nasi lemak, Domino's pizza, custard puff sprinkled with cinnamon (aku habiskan 2 ketul custard puff), cinnamon bread, onion ring with cheese, lontong, pasembur ala Penang dan akhir sekali, sosej goreng dengan mustard. Aku puas hati. Burppp.

Tidur : Checked. Rasa macam tidur kat rumah sendiri sebab aku bermalam di rumah adik. Hilang sikit rasa homesick.

Assignments :  3/4 checked. Tiap kali menulis mengenai Retail minda aku hilang fokus. Aku tak tahu nak recommend apa kelemahan kedai jual biskut Famous Amous dari segi merchandise display. Kedai tu dah cukup perfect pada pandangan aku. Le sigh. Mungkin satu-satunya cadangan yang aku boleh tulis ialah supaya kedai jual biskut tersebut turunkan sedikit harga biskut dan coklat yang dijual. Pasal TCM dan research aku lenjan sehabis baik.

Movies : Checked. Aku dapat tonton Black Swan juga akhirnya. Malas nak buat movie review sebab aku tahu dah terlambat. Haha. Filem tersebut bagaimanapun hanya indah Natalie Portman dari rupa, dan oh aku faham kenapa Natalie Portman boleh jatuh cinta in real life dengan Benjamin Millepied si mamat Perancis yang menjadi pasangan ballet beliau dalam filem ni.

Sudah 20 minit lepas pukul 5 petang. Mungkin aku patut sambung apa yang patut. Habiskan apa yang aku mulakan. Tampung apa yang tidak cukup sebelum Isnin muncul barang 6 jam lebih lagi.

1 annotations:

eesyaheera

betul kata anis, blog kau seperti laporan perkhemahan sekolah. dan ayat last tu seperti ayat novel