1. Aku merasakan jalur lebar di Malaysia semakin sempit hari demi hari, atau mungkin hanya Celcom Broadband aku sahaja. Bleh.
2. Peristiwa yang berlaku belakangan ini banyak menyedarkan aku yang dunia hanya sementara.
3. Kerajaan perlu memperbaiki sistem kesihatan yang dipraktikkan di Malaysia. Masih banyak lubang yang perlu ditampung.
4. Consultant general surgeon sangat macho, malah lebih macho dari arkitek. Ahaks.
5. Cuti ni aku hanya mampu menonton National Geographic Channel dan membaca novel-novel yang tak berfaedah dari membaca nota.
6. Okay, ada jugak novel yang berfaedah - The Rainshadow Road misalnya (hence the title of this post). Aku kagum dengan gaya penulisan penulis novel tersebut. Buat aku swooning macam budak umur 8 tahun walaupon dengan hanya membaca chapter first dengan last dulu.
7. Aku terkoyakkan cadar katil dua hari lepas. Koyak besar sampai dah takleh jadi cadar. Sorry katil.
8. Hampir terlanggar seorang penunggang motosikal tengah hari tadi. Walaupon aku dah bagi signal lebih dari 3 saat, uncle tu dengan selamber je mencelah masa aku nak belok kiri. Nasib baik aku sempat brek, kalau tak mungkin sekarang aku di balai polis.
9. Berharap semoga malam ini hujan lebat kerana aku tak sabar untuk berhibernasi.
10. Saja nak cukupkan 10.
ps : Catatan random.
0 annotations:
Post a Comment