Buscar

Páginas

Day 37

Seekor Peter Mango hadir dalam hidup aku lebih kurang 3 hari lepas.

Sengaja namakan Mango sebab perkara pertama yang aku buat setelah jumpa beliau ialah kopek buah mangga. Haha.

Dan Peter, kerana KS cakap tak sesuai letak nama Islam pada binatang. Aigoo.

Kemudian EE menambah yang kalau macam tu Peter ni kucing Christian la? Lalu semua terdiam. Lol.

Sebenarnya aku rasa housemates aku sangat sweet sebab diorang bagi aku namakan kucing ni. Hehe. Ikan laga yang kitorang bela dulu pon diorang bagi aku namakan. Okay, dah rindu arwah Puspasari. Semoga beliau tenang di sana.

Peter Mango ni agak berbeza dari kucing-kucing lain. Beliau sangat manja. Ajak masuk rumah kemain seronok. Memula jumpa busuk dan comot je, kemudian KS mandikan Peter. Dengan sabun lavender ok?

Kalau makan plak, beliau tak gemar sangat Whiskas. Keropok lekor lebih membangkitkan selera beliau. Mungkin ada susur galur darah Terengganu.


Anyhow, malam ni kelibat Peter Mango tak kelihatan la plak. Gulp. Semoga beliau kembali esok pagi sebab aku dah plan nak jadikan Peter sebagai kucing rumah. Bolehla temankan aku tiap-tiap weekend bila semua orang keluar. Haha.

0 annotations: